Wednesday, October 29, 2008

Panduan Majikan Pembantu Rumah Indonesia

  1. Bagi mereka yang mempunyai pembantu rumah yang menghantar pembantu rumah mereka balik kampung untuk bercuti, surat memberikan kebenaran untuk bercuti perlu ditunjukkan oleh sipembantu rumah kepada pihak imegresyen Malaysia/Indonesia bagi tujuan memudahkan proses balik kampong. Sebaik-baiknya surat tersebut dibuat dan ditandatangani oleh majikan dalam dua (2) salinan.
  2. Sekiranya destinasi sipembantu rumah dari Malaysia berada dalam kawasan Segi Tiga Usahasama Malaysia-Indonesia-Thailand, surat tersebut berfungsi sebagai pengesahan pengecualian pembayaran fiscal (untuk pembantu rumah dari Indonesia, khusus untuk penduduk Sumatera atau pemilik Kad Tanda Pengenalan Diri beralamat di Sumatera). Sekiranya pembantu rumah anda bukan penduduk Sumatera, pembantu rumah anda akan dikenakan cukai fiscal yang jumlahnya bukan sedikit - Paling kurang Rupiah 200,000-00 setibanya dipelabuhan!
  3. Surat tersebut sebaiknya ditaip menggunakan word processor - baru-baru ini oleh kerana printer penulis rosak, maka surat tersebut ditulis menggunakan tangan dan ditandatangani sendiri oleh penulis. YANG HERAN BIN AJAIB - pihak imigresyen/kastam Malaysia di Pelabuhan Kelang yang sibuk-sibuk bertanyakan mengenai surat cuti siPembantu Rumah kerana meragui sama ada surat tersebut adalah asli (sedangkan sudah terang lagi bersuluh menurut rekod yang tertera di passport bahawa pembantu rumah tersebut telah berkerja lebih 4 tahun dengan penulis) sehingga beliau dipanggil untuk masuk ke bilik kaca, kononnya untuk ditemuduga.

    Sekiranya penulis masih berada disana ketika itu, mau sahaja penulis bertanyakan :

    • Adakah peruntukkan undang-undang yang menyatakan surat tersebut wajib diprint?
    • Apakah pihak Imigresyen Malaysia mempunyai locus standi atau bidang kuasa bertanyakan mengenai surat cuti tersebut, sedangkan yang memerlukan surat tersebut adalah pihak kastam/imegresyen di Indonesia, dan bukannya mana-mana pihak lain diMalaysia?
    • Senang kata : sebenarnya korang ni nak minta RASUAH ke?

    Nasib baiklah ada pekerja feri yang mengenali pembantu rumah penulis (kebetulan pekerja feri tersebut merupakan anak saudara pembantu rumah penulis) dan menolong menjelaskan keadaan sebenarnya. Amat malang sekali sekiranya perkara No. 3 yang menjadi hajat sebenar mereka. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan pembayaran fiscal sekiranya pembantu rumah anda berasal selain dari Sumatera adalah dengan mengarahkan pembantu rumah anda menukar alamat di KTP - contohnya bertukar alamat dari Jakarta ke Medan. Cara ini tidaklah salah kerana mematuhi peruntukkan undang-undang.

    Pelik tapi benar. rata-rata di Indonesia terdapat ramai Tukang Sibuk suka mengaut keuntungan diatas angin. Berhati-hatilah. tidak dapat dinafikan bahawa pembantu rumah selalunya terdiri dari golongan yang tidak berpelajaran tinggi dan tidak mengetahui prosedur atau undang-undang. Selalunya Tukang Sibuk ini sedaya upaya menakut-nakutkan pembantu rumah dan meminta wang untuk pembayaran fiscal (walaupun mereka bukanlah pihak yang berwajib yang sepatutnya mengendalikan hal tersebut dan komisyen yang mereka ambil sangatlah tinggi).

    Pembantu rumah dinasihati agar tidak menukar keseluruhan wang Ringgit Malaysia kepada Rupiah - ini adalah kerana - untuk perjalanan balik, cukai pelabuhan yang dikenakan dapat dibayar dengan kadar yang jauh berkali ganda lebih murah sekiranya dibayar dengan menggunakan Ringgit!!!

    Pembaharuan Passport Indonesia bolehlah dibuat di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dengan harga murah dan berpatutan. Berhati-hatilah - wakil agen Syarikat Pembekal Pembantu Rumah selalunya akan mengenakan caj yang mahal dan tidak munasabah kononnya untuk membaharui passport pembantu rumah. Kadangkala mereka sengaja menakut-nakutkan majikan kononnya adalah menjadi peraturan bahawa jika passport pembantu rumah akan habis tempoh, untuk memperbaharuinya memerlukan pembantu rumah kita dihantar balik ke Indonesia. Bayangkan kos tambang pergi-balik (bergantung kepda lokasi), caj pembayaran kepada pihak imigresyen Indonesia (Rupiah Sejuta) dan masa pemprosesan yang lama (kadangkala 2-3 minggu) yang perlu ditanggung oleh majikan. Ini adalah satu penganaiyaan yang jelas. Sekiranya pembaharuan passport pembantu rumah dibuat sendiri oleh pembantu rumah (ditemankan oleh majikan) kosnya yang terbabit hanyalah pengangkutan ke kedutaan Indonesia di jalan Tun Razak dan tempoh siap hanyalah sehari sahaja! Penulis hanya dikenakan kurang dari RM40-00 untuk passport dengan tempohsah laku selama 3 tahun. Rancanglah perjalanan anda agar tiba di kedutaan awal pagi kerana teramat panjang "Que" yang perlu ditempohi.

    ***Elakkkan dari ditipu...berhati-hatilah dengan Tukang Sibuk (lebih dikenali sebagai "Chalo") dikedutaan Indonesia yang menawarkan khidmat kononnya mereka boleh mempercepatkan proses siap passport - caj yang dikenakan juga berkali ganda daripada caj sebenarnya!***

    Link kepada Contoh surat bercuti untuk pembantu rumah

87 stesen NGV sudah beroperasi


KUALA LUMPUR: Sebanyak 87 daripada 200 buah stesen gas asli (NGV) Petronas yang disasarkan tahun ini sudah beroperasi, dengan jumlah terbesar di kawasan Lembah Klang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kini terdapat 58 buah stesen NGV di Lembah Klang, 15 (Johor); enam (Negeri Sembilan), masing-masing empat di Melaka dan Pulau Pinang.

Sementara itu, sebanyak 70 buah stesen NGV kini dalam pelbagai peringkat pembinaan, dan 43 lagi lokasinya dalam peringkat analisa kesesuaian.

Kerajaan menggalakkan penggunaan NGV bagi pengangkutan awam dan terpulang kepada pemilik kenderaan persendirian untuk menggunakan gas itu atau mengubahsuai kenderaan dari menggunakan petrol kepada NGV, katanya menjawab soalan Tan Ah Eng (BN-Gelang Patah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sumber : Harian Metro

Tuesday, October 28, 2008

Ubat Gegat (Naftalena) sebagai penjimat petrol

Penulis pernah didedahkan kepada petua ini masa zaman awal 90an dulu oleh seorang mekanik berbangsa melayu di Kuala Terengganu yang serviskan Merc 190E milik ayah(masa tu masih belajar di Universiti dan menggunakan kereta Honda Accord generasi pertama model 2 pintu untuk berulang-alik). Penulis pernah cuba juga dulu terutamanya untuk perjalanan jauh KL-Kuala Terengganu kerana penulis biasanya tidak menggunakan jalan pantai (yang banyak mempunyai stesyen minyak). Maklumat dibawah ini telah diforwardkan kepada penulis dari seorang kawan yang mengikuti blog ini. Sumber tah dari mana tidaklah diketahui oleh penulis. Cuma penulis tidak berapa yakin sama ada kaedah penjimatan minyak ini dapat digunakan untuk kenderaan berenjin moden dan mempunyai daya mampatan yang tinggi tanpa menghadapi sebarang masalah. Cuma dosage yg penulis buat dulu adalah 7-8 biji ubat gegat untuk setiap tangki penuh.. Namun risiko penggunaan kaedah ini adalah tanggungan anda sendiri!!!

Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver. Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak. still kena keluar duit bergelen-gelen.

Ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut. Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. UBAT GEGAT digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan. yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh idapati secara mudah dan murah dimana-mana pasar raya dan kedai runcit..

Cara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimatan yang optima:

Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded (tanpa plumbum) sahaja. Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak. cuba minimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara.. Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin. tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara. Ok lepas itu anda boleh pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti. Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran.. bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba..

Monday, October 27, 2008

Hospital Negeri Sembilan & warkah untuk Pak lah

Somebody forwarded this to me last week & kebetulan memang saya & keluarga berkampung di Rembau setelah menziarahi Tok Sedara sebelah isteri yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat kemalangan. Bab keadaan dihospital tu, hanya satu komen POWER sahaja yg penulis nak khabarkan di sini - Kepada Kerajaan Negeri 9, harap buat perubahan drastik kepada Hospital yang dengan bangga sekali memakai nama Yam Tuan Negeri Sembilan - kek mano peroginyo duit untuk kelengkapan hospital tuh? operation buak kat dalam ward.. bukan kat bilih bedah... Rasa macam masuk hospital masa zaman perang... Bab Stesyen NGV lak nampak seolah-olah ada peningkatan, tapi kenapa Stesyen NGV Salak Tinggi tu tak siap-siap lagi ...

kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u

namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'???? menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek menantu lak...

sey nulih
surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu.. lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK LAH!!!!!!!

sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor...

sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn.. anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn

ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...

rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey..

bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"

sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado la hasil'eh..

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu... walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...

buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodok

sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo) sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup..ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn...

dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado.. bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu...


nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanrayo nanti...insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah... tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....

jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak.. jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah....tak dapek pulak nak menyopping sakan kek obe sea tuh... sey totap nyokong pak lah..

akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn.. sekian timo kasih..

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan
punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.

Tuesday, October 21, 2008

Pengusaha Teksi Samseng tak tahu bersyukur?

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja. Bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia.

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Sebaliknya lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Bersyukur menjadikan jiwa seseorang menjadi bersih dan dekat kepada Tuhan. Kurniaan nikmat haruslah dipergunakan sebaiknya untuk kebaikan sesama manusia.

Apabila orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah.

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amatlah pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7).

Mungkin orang akan bertanya, apakah kaitannya perenggan-perenggan mengenai kewajipan bersyukur yang penulis paparkan diatas. Permasalahan yang ingin diketengahkan adalah berkisar mengenai perkhidmatan teksi di Negara kita, Malaysia dan sikap & mentaliti pemikiran orang yang memandu "teksi".

Apakah itu "perkhidmatan teksi"? (Definasi penulis) Ianya adalah perkhidmatan pengangkutan untuk tambang/upah yang disediakan oleh pengusaha kenderaan tertentu yang memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Masalahnya - rata-rata kebanyakan pengusaha teksi (terutamanya di Shah Alam dan Subang Jaya) telah secara konsistennya gagal, cuai dan/atau lalai untuk mematuhi peruntukan undang-undang mengenai tambang yang sepatutnya dikenakan.

1. Sikap pemandu teksi di Shah Alam dan Subang Jaya yang enggan menggunakan meter tambang

- Apalah gunanya tulisan "Teksi Bermeter" pada teksi sekiranya meter caj perjalanan yang dipasang menurut peruntukan undang-undang tidak digunakan langsung. Pada hemat penulis, ianya hanya bersifat kosmetik sekadar memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen sahaja. Apalah gunanya dikomen banyak-banyak kerana perbandingan yang layak digunakan - Allah sudah mengurniakan otak & akal fikiran untuk digunakan tapi sebaliknya, kepala lutut yang digunakan dalam urusan harian mencari rezeki. Akibatnya caj tambang yang dikenakan oleh para pemandu teksi-teksi tersangat tinggi dan didalam julat harga yang kadangkala tidak masuk akal. Bayangkan jarak perjalanan dari Stesten Komuter Batu Tiga ke Seksyen 13 boleh dikenakan tambang RM10-00 sekali perjalanan seorang - itupun penumpang terpaksa menunggu untuk memenuhkan teksi (berkongsi teksi dengan penumpang yang mahu ke destinasi yang lain). Alasan yang digunakan - "balik nanti teksi kosong".

2. Monopoli pengambilan penumpang oleh "Persatuan Kebajikan Teksi"

Inilah yang berlaku dikedua-dua Stesyen Komuter Stesyen Batu Tiga dan Seksyen 19 Shah Alam. Pada hemat penulis, persatuan yang pada asalnya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan pemandu-pemandu teksi sebenarnya hanya indah pada namanya sahaja. Pada hakikatnya adalah amat jarang ditemui ataupun sudah tidak wujud lagi pemandu teksi sejati yang mematuhi undang-undang (mungkin boleh dibuat filem bertajuk "Pemandu Teksi Terakhir").

Yang ada sekarang ini ada hanyalah samseng-samseng jalanan yang beroperasi sebagai pemandu teksi dan berpayungkan pertubuhan "ala-kongsi gelap" kerana diakui bahawa hanya melalui pencarian rezeki sebagai pemandu teksi dapat menjamin "hak" untuk mencekik darah penumpang. "Undang-undang tidak bertulis" menyatakan bahawa tiada teksi-teksi lain boleh beroperasi mengambil penumpang dikawasan yang dikuasai kongsi gelap samseng teksi kerana teksi-teksi lain yang tidak mendaftar atau menyertai "geng" dengan membayar ufti kepada ketua samseng teksi. Keadaan ini menyekat punca rezeki pengusaha teksi jujur yang menggunakan caj tambang mengikut meter perjalanan.

Menurut pemerhatian isteri penulis yang selalu menggunakan perkhidmatan teksi, secara logiknya tiada pemandu teksi jujur yang waras akal fikiran akan mengambil penumpang dikawasan yang dikuasai oleh samseng teksi - silap haribulan akan kena "mark" oleh samseng-samseng teksi kawasan tersebut. Jadi dimanakah keadilannya disini? Pengusaha teksi jujur yang memberikan perkhidmatan menurut peruntukkan undang-undang di anak tirikan tanpa pembelaan sementara samseng teksi bermaharajalela sepuasnya dengan memonopoli kawasan dan menetapkan ahli-ahli teksi samseng wajib menggunakan kadar tambang yang dipaksakan kepada penumpang.... Sekiranya perkara ini berterusan, rakyat pasti akan hilang kepercayaan kepada sistem pengangkutan teksi.

3. Dimanakah kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Pelesenan yang sepatutnya menguatkuasakan peruntukan undang-undang dan memantau keadaan?

Pihak berwajib sendiri yang perlu menjawab persoalan ini!

Jika alasan tidak cukup kakitangan diberikan, laksanakanlah apa yang patut untuk menambah anggota kerja untuk memantau aktiviti haram yang dijalankan olah mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Cadangan sesetengah pihak untuk memulaukan penggunaan teksi tidak masuk akal kerana tidak wujud alternatif pengangkutan lain yang lebih cekap. Yang TERPAKSA menanggung akibatnya adalah rakyat sendiri.

Kalau adapun talian untuk mengadu, apakah pengaduan itu akan dilayan oleh orang atau dijawab oleh mesin? Pihak berwajib sendiri yang perlu turun padang untuk menyaksikan sendiri apa yg berlaku selama ini. Jika ini tidak dilaksanakan atau dilaksanakan laksana melepaskan batuk ditangga, maka anda telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang anda pikul selama ini. ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS!!

Fakta 1 : Kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Kelana Jaya, Bandar Sunway mempunyai sekurang-kurangnya 11 jaringan stesyen NGV (rujuk posting sebelum ini mengenai lokasi stesyen NGV).

Berdasarkan hujjah bahawa terdapat banyak kemudahan untuk mengisi NGV, penulis merasakan amatlah tidak adil dan tidak masuk akal sekiranya alasan tidak mahu menggunakan meter tambang teksi adalah kerana tiada orang akan naik teksi mereka apabila balik dari destinasi yang dituju kerana harga NGV telah ditetapkan pada kadar yang amat munasabah iaitu RM0.68 seliter. Sudah amat murah. Sebegini banyak stesyen NGV pun masih nak menganaiya penumpang? Alasan mereka terpaksa beratur panjang dan membuang masa semasa mengisi gas NGV juga tidak dapat dipertahankan kerana menurut pemerhatian penulis (yang juga menggunakan NGV) ada masa-masanya tiada orang yang beratur untuk mendapatkan bekalan gas NGV - kalaupun terpaksa menunggu, masa yang diambil juga tidak lama dan boleh dibandingkan sekadar dengan jangkamasa untuk mengisi petrol sahaja.

Fakta 2 : Kadar Tol untuk teksi jauh lebih murah dari kenderaan awam!

Penulis tidak berhasrat untuk menulis lebih panjang, mengaku sahajalah - samseng-samseng teksi ini hanya mahu mengaut keuntungan tanpa menghiraukan peraturan yang telah ditetapkan. Itupun penulis belum lagi menyentuh masalah:

(a) "meter turbo" iaitu meter tambang yang telah diubahsuai untuk mempercepatkan kelajuannya - dengan membuat suis rahsia.

(b) keengganan mengambil penumpang untuk destinasi tertentu;

(c) memandu dengan laju dan membahayakan keselamatan penumpang.

Kesimpulannya - Sebenarnya tiada bezanya teksi sapu dengan teksi yang dilesenkan!

Ingatlah bahawa rezeki yang dikurniakan, pada asalnya Insya Allah, halal, akan tetapi apabila bercampur baur dengan perkara-perkara yang jelas meragukan, melibatkan menganaiyaan. mengakibatkan kezaliman dan penindasan (kepada pengguna), bukankah rezeki seumpama itu, yang mahu disuapkan ke mulut anak bini kita turut menjadi HARAM?

Yang lebih memalukan lagi, penulis baru sahaja pulang dari Jakarta dan mendapati pengusaha teksi di Indonesia lebih tertib dan kesemuanya menggunakan meter ("argometer"). Kalau dikirakan, kos sara hidup di Indonesia lebih mahal dari di Malaysia... tambahan pula kos pembelian/sewaan teksi adalah jauh lebih mahal jika dikira dari segi bunga bank yang perlu dilunaskan. Tambahan pula sekarang ini, tiada harga istimewa atau subsidi bahanapi oleh kerajaan di Indonesia!

Masalah kesamsengan teksi-teksi ini pernah dipaparkan dalam banyak blog, akhbar dan website. Ada yang dengan jelas membuktikan kes penipuan yang dilakukan selama ini.

Antaranya :

http://penguatkuasajpj.blogspot.com/
http://habri.blogspot.com/2005_09_01_archive.html
http://img388.imageshack.us/img388/5743/59437467xu9.jpg
http://forum.lowyat.net/topic/789956
http://afxzal.blogspot.com/2005/02/encik-pemandu-teksi.html
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=287811
http://abunaqibah.blogspot.com/2006/01/pemandu-teksi.html
http://www.perkahwinan.com/index.php/topic,4618.0/wap2.html
http://ms.wordpress.com/tag/teksi/
http://malayahistory.blogspot.com/2008/06/pemandu-teksi-caj-tambang-tidak-ikut.html
http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=393
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=351834
http://adun.penang.gov.my/QA/ViewQA.asp?QAID=6481
http://demipena.com/2008/06/you-pun-salah.html

Penulis yakin anda semua beriman dengan Hari Akhirat. Sekiranya mahukan rezeki yang lebih, berusahalah lebih gigih melalui jalan yang halal lagi bersih. Buat side business ke atau sekiranya pada perkiraan anda pekerjaan menjadi pengusaha teksi tidak berbaloi atau anda tidak dapat bersabar menghadapi cabarannya, berhijrahlah - cari pekerjaan lain. Sekiranya anda terus juga meneruskan aktiviti haram ini, tunggulah....sekiranya balasannya tak dapat didunia, akhirat nanti anda juga yang akan tergolong dalam golongan yang rugi.

Tuesday, October 14, 2008

Harga minyak turun.. Harga barang mau turun?

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini. Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter; Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.

Harga barang keperluan macam mana.... tak turun-turun pun...

Thursday, October 9, 2008

A disturbing note from Che Det

Hosted by FreeImageHosting.net Free Image Hosting Service

This is indeed a disturbing news from Che Det himself... I picked up this image from A Kadir Jasin's blog. If this is the case, then the days of cheap compressed natural gas for vehicle use is numbered.