Thursday, September 17, 2009

Terima kasih & Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wrt wbt,

Terima kasih kepada saudara-mara, sahabat, rakan-rakan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang  sekalian yang menghantarkan email dan ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada diri ini. Hari ini genap ulangtahunku yang menginjak ke angka 38. Sedar-sedar diri ini sudah lanjut usia, tapi dalam hati masih "perasan" muda. Penulis ingin memohon maaf zahir dan batin daripada kalian semua. Ada diantara kita ini yang dah puluhan tahun tidak bertemu dan bersua muka. Hanya dalam ruang cyber ini kita dapat bertemu kembali. Dah lebih 2 minggu penulis bercerai seketika dengan "facebook" kerana tiada access sementara. Hanya melalui catatan blog ini (yang telah diprogramkan untuk dipaparkan secara langsung ke dalam Facebook sebelum ini) dapat penulis meluahkan rasa hati.
Sempena hari ulangtahunku ini , penulis ingin berkongsi sebuah catatan blog utama saya iaitu:
http://superstage.blogspot.com/2009/09/kematian-pasti-akan-datang.html
Dalam kesempatan masa yang masih lagi berada dibulan Ramadan dan mengambil berkat Jumaat terakhir Ramadan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua sama-sama dikurniakan maghfirah keampunan Allah. Kepada anda semua yang lama tidak ketemu, Insya Allah, kita akan bertemu lagi - face to face!

Selamat Raya Eid Fitri & maaf Zahir & Batin.
Zaws & family

Wednesday, September 16, 2009

Dua lagi stesen NGV di Lembah Klang

KUALA LUMPUR 16 Sept 2009. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan dua lagi stesen gas asli (NGV) iaitu sebagai tambahan kepada stesen sedia ada bagi menampung keperluan pemandu-pemandu teksi di kawasan Lembah Klang.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil ekoran berlaku kekurangan stesen NGV khususnya di Wilayah Persekutuan yang disifatkan sebagai amat kritikal.
Ujar beliau, dua stesen NGV berkenaan akan dibina di tapak yang telah dikenal pasti iaitu di Bandar Tun Razak serta Jalan Cochrane di sini.
''Petronas telah diberi tanggungjawab untuk membina kedua-dua stesen NGV tersebut dan projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.
''Sebenarnya apa yang kita putuskan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan ia sejajar dengan konsep 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,'' katanya.
Komen : Sekiranya benar "Rakyat didahulukan", dahulukanlah pembinaan beberapa buah stesyen NGV berhampiran dengan Lebuh Raya PLUS, terutama sekali di kawasan Perak Tengah agar perjalanan pengguna NGV arah ke Utara tidak kehabisan gas semasa dalam perjalanan dari stesyen gas Kuala Selangor - Kamunting. Sehingga ke hari ini, tiada langsung stesyen NGV dibina di pantai Timur Semenanjung Malaysia, sedangkan Petronas mempunyai loji di Kerteh yang membebaskan gas untuk dibakar... sayang sekali gas  ini gagal untuk dimanfaatkan.