Thursday, November 16, 2023

New

 newt posting

Wednesday, October 14, 2009

Cara pantas OCR dokument imej kepada teks

Selama ini penulis bergantung penuh kepada perisian kommersil OCR di pejabat untuk mengimbas & convert dokumen kepada teks.

Ini adalah jalan pintas tanpa memerlukan OCR komersil!



Syaratnya :

1. Anda mempunyai MS Office berserta Microsoft Office Document Imaging;
2. sebuah pengimbas atau dokumen yang sedia ada dalam format .tiff.

Caranya :

1. Imbas dokumen dan save dalam bentik .tiff.
2. Buka dokumen .tiff tersebut dalam  Microsoft Office Document Imaging
3. Drag & pilih kawasan yang perlu di OCR kepada bentik teks
4. Di dalam Microsoft Office Document Imaging, ketik butang "Tools" & pilih recognise Text Using OCR
5. Right click untuk "copy"

6. Buka applikasi contohnya Word atau Excel; dan
7. "paste" didalam applikasi tersebut.

Selamat mencuba!


Ini adalah wakaf/perkongsian ilmu. Anda bebas untuk menyebarkan maklumat ini.
zaws
15/10/2009

Thursday, September 17, 2009

Terima kasih & Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wrt wbt,

Terima kasih kepada saudara-mara, sahabat, rakan-rakan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang  sekalian yang menghantarkan email dan ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada diri ini. Hari ini genap ulangtahunku yang menginjak ke angka 38. Sedar-sedar diri ini sudah lanjut usia, tapi dalam hati masih "perasan" muda. Penulis ingin memohon maaf zahir dan batin daripada kalian semua. Ada diantara kita ini yang dah puluhan tahun tidak bertemu dan bersua muka. Hanya dalam ruang cyber ini kita dapat bertemu kembali. Dah lebih 2 minggu penulis bercerai seketika dengan "facebook" kerana tiada access sementara. Hanya melalui catatan blog ini (yang telah diprogramkan untuk dipaparkan secara langsung ke dalam Facebook sebelum ini) dapat penulis meluahkan rasa hati.
Sempena hari ulangtahunku ini , penulis ingin berkongsi sebuah catatan blog utama saya iaitu:
http://superstage.blogspot.com/2009/09/kematian-pasti-akan-datang.html
Dalam kesempatan masa yang masih lagi berada dibulan Ramadan dan mengambil berkat Jumaat terakhir Ramadan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua sama-sama dikurniakan maghfirah keampunan Allah. Kepada anda semua yang lama tidak ketemu, Insya Allah, kita akan bertemu lagi - face to face!

Selamat Raya Eid Fitri & maaf Zahir & Batin.
Zaws & family

Wednesday, September 16, 2009

Dua lagi stesen NGV di Lembah Klang

KUALA LUMPUR 16 Sept 2009. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan dua lagi stesen gas asli (NGV) iaitu sebagai tambahan kepada stesen sedia ada bagi menampung keperluan pemandu-pemandu teksi di kawasan Lembah Klang.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil ekoran berlaku kekurangan stesen NGV khususnya di Wilayah Persekutuan yang disifatkan sebagai amat kritikal.
Ujar beliau, dua stesen NGV berkenaan akan dibina di tapak yang telah dikenal pasti iaitu di Bandar Tun Razak serta Jalan Cochrane di sini.
''Petronas telah diberi tanggungjawab untuk membina kedua-dua stesen NGV tersebut dan projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.
''Sebenarnya apa yang kita putuskan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan ia sejajar dengan konsep 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,'' katanya.
Komen : Sekiranya benar "Rakyat didahulukan", dahulukanlah pembinaan beberapa buah stesyen NGV berhampiran dengan Lebuh Raya PLUS, terutama sekali di kawasan Perak Tengah agar perjalanan pengguna NGV arah ke Utara tidak kehabisan gas semasa dalam perjalanan dari stesyen gas Kuala Selangor - Kamunting. Sehingga ke hari ini, tiada langsung stesyen NGV dibina di pantai Timur Semenanjung Malaysia, sedangkan Petronas mempunyai loji di Kerteh yang membebaskan gas untuk dibakar... sayang sekali gas  ini gagal untuk dimanfaatkan.

Thursday, May 14, 2009

Thinking allowed : PKA seeking legal advice on indemnity issue

PORT KLANG: The Port Klang Authority (PKA) is seeking legal advice to look into the indemnity requested by Pricewaterhouse­Coopers (PwC) for the release of its audit report on the Port Klang Free Zone (PKFZ).

PKA chairman Datuk Lee Hwa Beng said PwC had agreed in principle to the release of the report to the public but needed indemnity from the port authority.

Lee was speaking to reporters after a PKA emergency full board meeting to discuss the issue here yesterday.

Lee added that the PKFZ report was expected to be released after the sole issue at the PKA level was resolved.

It was reported earlier that Lee had written to PwC on April 30 to seek its consent following the instruction by Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat to release the report within seven days.

However, PwC replied on May 4 that consent would be given subject to certain terms and conditions.

Milik Mu segala Kerajaan

Perjalanan sejarah manusia diwarnai munculnya raja-raja besar atau kaisar yang mengubah wajah dunia. Mereka datang, berperang, dan melakukan penaklukan sehingga terbentuklah sebuah empayar. Akan tetapi, kejayaan yang dibangunnya lambat laun runtuh, sepak terajangnya pun berakhir dengan kematian.

Ketika hidup, Genghiz Khan mampu mengalahkan Parsi, kekhalifahan Islam, dan juga Eropah. Pada usia 53 tahun dia terjatuh dari kudanya dan akhirnya meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, dia berkata, "Aku tidak bahagia karena aku tidak berupaya mengalahkan seluruh dunia." Kemuliaannya lenyap begitu saja.

Alexander The Great, diakui sebagai salah seorang pemimpin yaang paling pandai sepanjang zaman. Dia mampu menaklukkan tiga benua. Akan tetapi, kegemilangannya sirna begitu saja ketika malaria menyerangnya. Sebelum meninggal, dia berkata, "Kalau aku mati, buatkan peti mati dan beri lubang di kiri kanannya. Lalu, julurkan tanganku lewat lubangnya agar semua orang melihat tanganku bahwa waktu aku mati, aku tidak membawa apa-apa."

Allah memberikan kekuasaan kepada siapa pun yang dikehendaki-Nya. Dia berkuasa mencabut kembali kekuasaan yang telah diberikan-Nya itu.

"Katakanlah, 'Wahai, Tuhan Yang Mempunyai Kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.'" (Ali Imran, 3:26)

Dialah Maharaja, Zat pemilik semua kerajaan di dunia dan akhirat. Dialah Malikul Mulk.

Di dunia ini, Allah memberikan kesempatan kepada manusia sebagai khalifahnya untuk menjadi pemilik atau raja, yang tentunya kepemilikan tersebut tidak mutlak. Sewaktu-waktu kepemilikan itu akan diambil kembali. Sebagai pihak yang diamanahi, manusia jangan merasa memiliki secara mutlak. la harus rela ketika amanah itu diambil pemiliknya. Di akhirat, Allah menampakkan dirinya sebagai pemilik tunggal kerajaan akhirat. Pada saat itu, semua yang dimiliki manusia musnah. Mereka dibangkitkan dan dikumpulkan dalam keadaan tidak memiliki apa-apa. Ketika itu semua bertekuk lurut di hadapan-Nya walau ketika di dunia ia seorang raja.

"Pada hari ketika roh dan para malaikat berdiri bersaf-saf. Mereka tidak berkata-kata kecuali yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah dan la mengucapkan kata yang benar." (QS An Naba, 78: 38)

Oleh yang demikian :

Semua yang kita miliki adalah amanah. Maka sebaiknya tunaikan amanah sesuaai dengan keinginan Zat Pemberi Amanah.

Apabila memperolehi amanah, tidak selayaknya kita sombong dan merasa amanah itu hak milik mutlak.

Kita harus rela apabila amanah itu diambil pemiliknya.

Wednesday, January 7, 2009

Memang Nak Pelingkup (MNP)


Memang Nak Pelingkup (MNP) .....(an apt name, I suppose - why, please read on) itulah nama yang aku berikan kepada sejenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.. yang bertujuan murni untuk memberikan peluang agar syarikat telekomunikasi di Malaysia dapat bersaing dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Pada awalnya MNP pada aku memanglah bermaksud MultipleNumber Portability yang kononnya membolehkan pengguna HP menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi lain, tanpa mengubah nombor telefon yang sedia digunakan - namun keberkesanan pelaksanaannya amatlah diragui.

Pada penghujung bulan November, isteri penulis mendapat tawaran berhijrah ke DiGi (corporate rate) yang sememangnya menawarkan kadar tarif penggunaan yang amat menarik hati dan hemat belanja. Kami pun dah meluat dengan Maxis yang seringkali gagal untuk menghubungkan kami... elok ada line, HP on, tapi bila call ade ke dia kata nombor yang dipanggil tak dapat dihubungi... sedangkan HP yang di panggil letaknya sebelah meja sahaja! Kekadang tu, tak tahu pasal apa - kat tengah Bandar Shah AlAm, boleh takde signal langsung! Lagi satu, hantar SMS hari ni, tah 2 -3 hari baru dapat... well that was the last straw. So we are moving....

Lepas sign all the necessary papers, my wife dah siap diwarning oleh DiGi, bahawa Maxis akan menggunakan bermacam-macam alasan untuk melambatkan urusan MNP ke DiGi. Antaranya adalah 1. kesemua line milik prinsipal wajib kena transfer ke DiGi, satu pun tak boleh tinggal; dan 2. Kononnya masih ada bill penggunaan Maxis yang belum dijelaskan.

Baiklah, aku ada 6 hp lines 2 aku guna, 4 lagi semuanya subsidiary aku guna. 1 line tu aku cuma guna untuk terima calls aje, so aku pun dengan begitu bersemangat pi ke Maxis Centre TTDI on one fine Saturday morning, beratur dalam 40 minit, bayar segala bill yang ada & seterusnya apply isi borang suruh Maxis terminate/tamatkan/matikan/perabih nyawa satu (1) line redundant yang aku ada. Mamat yang layan aku tu kata dalam 24 jam line tu akan ditamatkan.

Lepas settlekan semua tu aku kasi tahu my wife, MNP ke DiGi boleh on. So dia pun uruskan kasi green light pada Digi untuk proceed..... dekat 2 minggu aku tunggu & to make sure a smooth saliling transition, aku pun pegi ke Maxis Centre USJ Taipan untuk bayar usage yang digunakan tu & pada masa yang sama aku dengan terang kasi tau Maxis bahawa aku nak chow ke DiGi, & supaya takde peluang untuk Maxis delaykan penghijrahan aku ni... depa pada mulanya tak nak terima aku nak bayar bill setakat pemggunaan hari tu - kata depa depa akan charge credit card aku nanti... so aku jawab, korang nak charge kredit card aku macam mana (aku dah potong credit card aku lepas balik dari Florida ari tu & aku tak kasi pun kat depa no credit card baru), Reluctantly depa terpaksa accept aku punya pembayaran. Lagipun kesemua sim card subsidiary line aku dah ambik balik (kecuali simcard lisa). Minah tu siap kata kalau masih guna still akan delaykan proses MNP.

Berminggu aku tunggu tah bilalah MNP ni akan jalan... sementara tu subsidiari line aku mulalah meragam...susah la, leceh la.. boring la... (aku pun pelik, aku dah cakap - we are in the same boat, tapikepala batu). Solution lain tak terpikir ke? Apakah salahnya kalau masa transition period ni pi ambik line prepaid mana-mana telcos ke? Bukannya depa charge sampai beribu ringgit pun atau berhubung dengan telefon rumah (apa tak boleh ke) and without my authorisation pi contact Maxis komplen yang bukan-bukan which actually caused further confusion. Kata belajar law, iye ke... macam buat degree telor aje... violating the main principle of 1. Jangan ingkar kata ketua 2. Tak bersatu hati. 3. Pentingkan diri sendiri i.e. kesenangan sendiri lebih utama dari kepentingan jemaah - habih tu aku, my wife and my own dad takde susah - happy aje??? Bagus ke menegakkan benang basah?

Akibatnya aku dok komplen pada org lain yg dah log problem aku, depa ni pi komplen kat orang lain yang tak tahu apa arrangements yg telah dibuat. Inilah apa yang sebenarnya terjadi - Maxis kata aku tak port semua 6 line ke DiGi. Hah? Kan aku dah penat pi beratur aru tu suruh terminate 1 line? Depa kata takde apa-apa terminate... Jadi aku pi beratur 40 minit tu buat apa? Memang aku marah gila... depa nak rekod telephone conversation tu, aku kata rekodlah... aku pun boleh boleh buat benda yang sama dgn my pda... repanya Maxis yang bengong... aku isi borang suruh terminate, depa kata aku cuma request suruh suspend line aje... so line tu tak terminate & minah tu kata itu company policy... line tu akan automatically terminate lepas 3 bulan, kononnya aku kena tunggu lagi 3 bulan baru boleh proceed dgn MNP! sebab minah tu kata dia tak boleh undo comman suspend line tu! Tak ke itu percubaan untuk memBODOHkan customer sendiri .... so that was the 5th Strike (Talak lima you). Last aku kata tolong sambungkan pada dia punya manager, tak kasi lak...takut ke? sebab betul aku dah marah sangat, kalau takleh settle memang aku nak tulis surat dalam paper. I shall tell the whole world. & dedahkan perkara sebenar. Akhirnya, minah tu telefon sekali lagi, kata boleh proceed, semua settle.

Yang lebih menyedihkan bila dapat emails from subsidiary line users kononnya aku tak reti nak handle benda tu - kepada siapa you made these illogical and wrong assumptions ni? Dah le spell nama aku pun salah & pi kasi Maxis a contact number which is not even my contact number. No Hp maid aku yang dia kasi...apa ni ? Merapu je. Kan susah nak menegakkan benang basah. Aku dah cakap, planning is everything.. don't be emotional - semua apa yang aku buat semuanya kita dah mesyuarat dulu, bukan aku main terjah aje. Maxis lak pun dengan bangganya cub mengambil kesempatan untuk membersihkan nama depa dan seterusnya menafikan bahawa DiGi pernah submit application kat depa untuk kami MNP dan chow ke DiGi. Kononnya Maxis bagusssss sangat...

Excuse me, I am sooooo SORRRY Maxis...dengan email tu sahlah kami bekas pengguna Maxis bertalak 5 dgn anda. We are in close contact with DiGi all the way to track our progress - sebelum Maxis keluarkan email kelentong tu, DiGi dah sms progress MNP kami. So let the evidence below speak for themselves. Saja je aku simpan 2 screen captures sms dari DiGi. Korang bacalah screen capture tu dan bandingkan dengan kandungan salinan email dariMaxis. Tengok juga tarikh sms dan email tu yang mana satu yang lebih awal.

I am so dissappointed dgn Maxis... anda kantoi... (Tak pasal2 my good friend Edy yg masih setia kerja kat Maxis dapat phone call sebab aku tak puas hati) bangkai gajah tak dapat ditutup dengan sehelai daun. Anggaplah ini sebagai Tsunami telcos 2008 sebagaimana pahitnya Tsunami Politik Pilihanraya Umum 2008. Pengguna akan menghakimi anda. Teringat kata-kata kawan lama aku Opie masa kat Maahad dulu - " memang patut disumpah jadi katak".



(Note : for reason unknown, aku takleh (walaupun aku nak sangat tunjuk bagi padan dengan muka depa) cut and paste the lame email from Maxis - akan kacau the whole posting... nasib ko la labi....

Pengajaran for my subsidiary line users... kalau dah jadi macam ni, kan ke susah aku nak lodge complaint dgn MCMC. Bacalah balik kenapa Ummat Islam kalah dalam peperangan Uhud. Harap benda ni tak berulang lagi.

To DiGi, we are depending on you. Our loyalty lies kepada siapa yang memberikan perkhidmatan yang terbaik - bukan yang TERBALIK.