Rabu, 5 November 2008 oleh Syukree Hussain (sumber - Suara Keadilan Online)
PARLIMEN, 5 November (SK) - Timbalan Speaker Dewan Parlimen WanJunaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan 700 juta untukmenyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Menteri Kewangan Najib Razaksemalam dibatalkan.
Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh PerdanaMenteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu.Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan.
Petikan dari "Najib ditampar 'revolusi' di Parlimen" oleh Khalid Jaafar
Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen.
Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan."