Thursday, December 4, 2008

Ratib Al-Haddad

Alhamdulillah harga bahanapi di Malaysia telah turun ke paras lama seperti sebelum kenaikan mendadaknya tempoh hari. But again, there is nothing to shout about as the price of essential goods, naiknya tak reti pulak nak turun-turun!

Setelah mempelajarinya lebih kurang 20 tahun yang lalu, hanya baru-baru ini penulis serta keluarga diijazahkan dengan Ratib Al-Haddad oleh seorang Ustaz yang baru balik dari pengajiannya di Yaman (Hadramaut). Adalah lebih baik jika dapat ijazah dari empunya ratib agar kita yang mengamalkannya mempunyai pertalian sanad secara langsung dengan keluarga keluarga Nabi S.A.W.

Marilah kita bersama berdoa agar negara kita selamat sejahtera dan dapat mencapai takrif "Aman" yang sebenarnya.

Al-HaddadRatib Al Haddad


Bacalah Al-Fatihah kepada ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita
Muhammad s.a.w

1. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ
نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ
أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ.

آمِيْنِ
1. Dengan nama Allah, Yang MahaPemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika aku ajarkan sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.


Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”


2. اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ
الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا
فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا
بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ
إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُدُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ
.


2. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

(Surah 2 al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)


Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadith yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.


3. آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ
مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ
وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ
غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ
.



3. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”

(Surah 2: Al Baqarah Ayat 285)

Diriwayatkan daripada AbuMas'ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Dua ayatterakhir dari surah al-Baqarah, memadai kepada seseorang yang membacanya padamalam hari sebagai pelindung dirinya.

4. لاََ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ
نَسِيْنَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا
حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ
طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا
فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ
.



4. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa atas kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat seb agaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”(Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)


Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila Jibril sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu diatasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi sebuah pintudi syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun turun, dan Jibrilberkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua cahaya yang diberi kepadamuyang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul sebelummu-“Fatihat al-Kitab danayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu akan mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.


5. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ
لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيرٌ. (3
X)


5. Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkandan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu (3X)


Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah;Rasulullah s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari,pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi bentengdari gangguan syaitan sepanjang hari.”



6. سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ. (3
X)



6. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah
dan Allah Tuhan Yang Maha Besar. (3X)



Dari Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.wbersabda: Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, iaitutasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeza yang mana aturannya apabila engkau berzikirullah.



7. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ
الْعَظِيْمِ. (3
X)



7. Maha suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang MahaAgung. (3X)


Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah
s.a.w. bersabda: Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai oleh Allah ialah: 'SubhanAllah al-Azim dan 'SubhanAllah wa bihamdihi.'”


8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا
إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. (3
X)


8. Ya Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (3X)


Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon ampun
kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sila rujuk juga Surah 11: Hud; Ayat 90


9. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ. (3
X)


9. Ya Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya Allah, cucurkan
selawat ke atasnya dan kesejahteraan-Mu. (3X)


Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
berselawat ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya.


Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanyasepuluh kali.



10. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ
شَرِّمَا خَلَقَ. (3
X)



10. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari
kejahatan makhluk-Nya. (3X)


Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yangmembaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”


11. بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ
اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ
الْعَلِيْـمُ. (3
X)



11. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)



Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitanakan dialaminya.”


12. رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ
دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا. (3
X)



12. Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi kami. (3X)


Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar dan
diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa

membaca ayat ini di pagi dan petang hari akan masuk ke syurga.”



13. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ
وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. (3
X)



13. Dengan Nama Allah, segala pujian bagi-Nya, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak Allah. (3X)



Diriwayatkah oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu
Hurairah, bila kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini supaya iamembawa kamu ke jalan yang benar. Dan setiap perbuatan mesti bermula dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah “Alhamdulillah”.



14. آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ
إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا. (3
X)



14. Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan zahir. (3X

Surah at-Tahrim Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah
kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”.


Diriwayatkan oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orangyang tiada apa-apa dosa.”


15. يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ
كَانَ مِنَّا. (3
X)


15. Ya Tuhan kami, maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada kami. (3X)


Dari Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar

dan menangis lalu beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan daripada Allah, sebab setelah kita yakin, tiada apa lagi yang lebih baik daripadakesihatan



Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”



16. ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ
عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ. (7
X)



16. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah,
matikanlah kami dalam agama Islam . (7X)



Sila rujuk ke no. 12. Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam.



Dan dari Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah hadith
bahawasanya sesiapa yang berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh keyakinan, doa itu pasti dikabulkan Allah.



17. ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ
الظَّالِمِيْـنَ. (3
X)



17. Wahai Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim. (3X)



Seperti di atas (16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w, sesiapa yang
tidak boleh mengalahkan musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan niat tidak mahu dicederakan akan bebas dari dicederakan musuhnya.



18. أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ
صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ. (3
X)



18. Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu. (3X)



Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak bersamanya,melainkan akan didoakan oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.



19. يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ يـَا عَلِيْمُ
يـَا قَدِيْرُ



يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا
خَبِيْرُ. (3
X)



19. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang Maha Mengetahui lagi Sentiasa Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi Melihat. Yang Maha Lemah-Lembut lagi Maha Mengetahui (3X)



Surah 17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama “Allah” atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan; kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu."



20. ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا
مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ. (3
X)



20. Wahai Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai Tuhan yang mengampuni dan menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)



Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya bersama Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta keranasegala pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu, Kamulah yang PemberiRahmat dan yang Pengampun, Permulaan Dunia dan Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”.



Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan sebaik-baik nama-nama-Nya, Allah akan memakbulkannya kerana apabila diminta dengan nama-nama-Nya Allah akan memberi.



21. أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا
أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ.(4
X)



21. Aku memohon keampunan Allah Tuhan Pencipta sekalian makhluk, aku memohon keampunan Allah dari sekalian kesalahan. (4X)


Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan daripada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”


Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian
kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha
Pengasih”



22. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. (50X)


22. Tiada Tuhan Melainkan Allah (50X)


Komentar tentang kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah “La ilaha illallah” ini adalah kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke neraka jikalau dia mengucapkan kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”



23. مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ
اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا
أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
.



23. Muhammad Rasulullah, Allah Mencucurkan Selawat dan Kesejahteraankeatasnya dan keluarganya. Moga-moga dipermuliakan, diperbesarkan, dan diperjunjungkan kebesarannya. Serta Allah Ta'ala meredhai akan sekalian keluarga dan sahabat Rasulullah, sekalian tabi'in dan yang mengikuti mereka dengan kebaikan dari hari ini sehingga Hari Kiamat, dan semoga kita bersama mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih daripada yang mengasihani.



24. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.



قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ
يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ. (3
X)



24. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)



Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertigaal Quran!”



Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan
dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).



25. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ
خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي
الْعُقَدِ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد



25. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”.



Surah Al-Falaq



Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.



26. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ،
إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي
صُدُوْرِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
.



26. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah(wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas



Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang laindan membaca ayat-ayat ini sahaja.



27. اَلْفَاتِحَةَ


إِلَى رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ
مُحَمَّد بِن عَلِيّ باَ عَلَوِي وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ
سَادَاتِنَا آلِ أَبِي عَلَوِي أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ
وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ
وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ
.



27. Bacalah Al-fatihah kepada roh Penghulu kita al-Faqih al-Muqaddam,
Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya, dan kepada semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi, moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.



28. اَلْفَاتِحَةَ



إِلَى أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ
أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ الأَرْضِ وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ
- أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ
وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي
خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ
.



28. Bacalah al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli Ahli Sufi, di
mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka, dan golongkan kami bersama mereka
dalam keadaan baik dan afiah.



29. اَلْفَاتِحَةَ



إِلَى رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ
الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ
عَلَوِي الْحَدَّاد وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ
فِي الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ
بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ
.



29. Bacalah fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini, Qutbil-Irshad, Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad, asal-usul dan keturunannya, moga moga Allah meninggikan darjat mereka di syurga, dan mem eri kita manfaat dari mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan akhirat.



30. اَلْفَاتِحَة


إِلَى كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ
وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا
بَأَسْرَارِهِمْ وبَرَكَاتِهِمْ



30. Bacalah Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh, ibu bapa kami,mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga Allah mengampuni mereka dan merahmati mereka dan memberi kita manfaat dengan rahsia rahsia dan barakah mereka.



31. (ويدعو القارئ):



31. Berdoalah disini apa yang di hajati.


اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا
يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ
بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا
بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا
مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ
الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا
وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ
وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا
أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن
.



Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya kepada kami, moga moga Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan ke atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Wahai Tuhan, kami memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah yang Agung, iaitu tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami segala perkara kebaikan dan
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan, jadikanlah kami dari golongan insan yang baik; dan peliharakanlah kami Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara hamba-hambaMu yang baik, lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami,sahabat-sahabat kami, serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan, kesedihan, dan kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dari seluruh
kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.



32. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ
وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ. (3
X)



32. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga-Mu; dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api neraka. (3X)


Dari Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik:
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jikalau sesiapa memohon kepada Allah untuk syurga tiga kali, Syurga akan berkata, “Ya Allah bawalah dia ke dalam syurga;” dan jikalau ia memohon perlindungan dari api neraka tiga kali, lalu neraka pun akan berkata, “Ya Allah berilah dia perlindungan dari neraka.”

Wednesday, November 5, 2008

Pembentangan Najib dibatalkan Parlimen!



Harap-harap Barack Obama yang baru memenangi pilihanraya presiden kat US tidak memberikan contoh begini. Malam tadi punyalah berapi-api dalam TV tentang rancangan Timbalan Perdana Menteri nak selamatkan ekonomi, tapi dalam Parlimen "fail" kerana tidak mengikut prosedur. Undang-undang perlu dipatuhi. Kita ada rule of law. Penat den belajor undang-undang tapi pemimpin negara main bantai aje.

Pengajaran : Matlamat tidak menghalalkan cara.

Rabu, 5 November 2008 oleh Syukree Hussain (sumber - Suara Keadilan Online)

PARLIMEN, 5 November (SK) - Timbalan Speaker Dewan Parlimen WanJunaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan 700 juta untukmenyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Menteri Kewangan Najib Razaksemalam dibatalkan.

Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh PerdanaMenteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu.

Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan.


Petikan dari "Najib ditampar 'revolusi' di Parlimen" oleh Khalid Jaafar

"Selama ini menteri-menteri BN hanya melihat Dewan Rakyat sebagai rubber stamp, sekadar satu formaliti untuk meluluskan apa yang telah diputuskan oleh eksekutif.

Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen.

Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan."


Tuesday, November 4, 2008

Krisis kewangan Amerika menjejaskan Asia...


Petikan dari BusinessWeek.com mengenai krisis kewangan Amerika Syarikat yang juga akan menjejaskan Asia:

....unfortunately for Asian countries, the news is likely to get uglier. Analysts at Standard Chartered point out in a Friday report “Asia has the highest trade/GDP exposure of any Emerging Market region.” Reliance on exports to the U.S. and other developed countries doesn’t translate into strong equities or currency markets when the West is in recession. “In good times, this [trade/GDP exposure] means that the Asian region significantly outperforms. However, in more challenging economic times, this means that it underperforms.” That’s why Asian markets are doing so poorly – and why they’re likely to keep heading south. “The U.S. is the center of global liquidity and as that liquidity is reduced so markets outside of the center get hit proportionally harder,” the Standard Chartered analysts write. “In this context, Asian equity markets have led the way and Asian currencies are only playing catch up, suggesting that they still have some way to go.”

http://www.businessweek.com/globalbiz/blog/eyeonasia/archives/2008/10/asias_crisis_is.html?campaign_id=rss_daily

Untuk berhujjah bahawa negara kita terlindung dan tidak terjejas dengan masalah kewangan yang melanda Amerika Syarikat... seperti tidak masuk akal. Ianya harus difikirkan semula... Setahu penulis, Malaysia & Korea Selatan dalah antara pengeksport microchip dan barang elektrik utama ke negara tersebut. Kejatuhan harga minyak dipasaran dunia serta harga komoditi lain seperti minyak kepala sawit sudah tentunya memberikan kesan negatif.

Lihat sahaja di Indonesia, penulis dimaklumkan oleh pembantu rumah penulis bahawa para pekerja ladang di Medan, Sumatera diberhentikan kerja apabila kos pengeluaran kelapa sawit adalah melebihi keuntungan yang bakal diperolehi - sehinggakan harga setandan kelapa sawit dinilai berharga (200 perak) iaitu Rupiah 200 sahaja setandan! Kalau kita convert kepada nilai Ringgit sekarang... RM1-00 = Rupiah 3,100 - berapa sen sangat nilai setandan kepala sawit di Indonesia! Maka ambillah iktibar dari kejadian yang menimpa rakyat negara jiran kita.


Wednesday, October 29, 2008

Panduan Majikan Pembantu Rumah Indonesia

  1. Bagi mereka yang mempunyai pembantu rumah yang menghantar pembantu rumah mereka balik kampung untuk bercuti, surat memberikan kebenaran untuk bercuti perlu ditunjukkan oleh sipembantu rumah kepada pihak imegresyen Malaysia/Indonesia bagi tujuan memudahkan proses balik kampong. Sebaik-baiknya surat tersebut dibuat dan ditandatangani oleh majikan dalam dua (2) salinan.
  2. Sekiranya destinasi sipembantu rumah dari Malaysia berada dalam kawasan Segi Tiga Usahasama Malaysia-Indonesia-Thailand, surat tersebut berfungsi sebagai pengesahan pengecualian pembayaran fiscal (untuk pembantu rumah dari Indonesia, khusus untuk penduduk Sumatera atau pemilik Kad Tanda Pengenalan Diri beralamat di Sumatera). Sekiranya pembantu rumah anda bukan penduduk Sumatera, pembantu rumah anda akan dikenakan cukai fiscal yang jumlahnya bukan sedikit - Paling kurang Rupiah 200,000-00 setibanya dipelabuhan!
  3. Surat tersebut sebaiknya ditaip menggunakan word processor - baru-baru ini oleh kerana printer penulis rosak, maka surat tersebut ditulis menggunakan tangan dan ditandatangani sendiri oleh penulis. YANG HERAN BIN AJAIB - pihak imigresyen/kastam Malaysia di Pelabuhan Kelang yang sibuk-sibuk bertanyakan mengenai surat cuti siPembantu Rumah kerana meragui sama ada surat tersebut adalah asli (sedangkan sudah terang lagi bersuluh menurut rekod yang tertera di passport bahawa pembantu rumah tersebut telah berkerja lebih 4 tahun dengan penulis) sehingga beliau dipanggil untuk masuk ke bilik kaca, kononnya untuk ditemuduga.

    Sekiranya penulis masih berada disana ketika itu, mau sahaja penulis bertanyakan :

    • Adakah peruntukkan undang-undang yang menyatakan surat tersebut wajib diprint?
    • Apakah pihak Imigresyen Malaysia mempunyai locus standi atau bidang kuasa bertanyakan mengenai surat cuti tersebut, sedangkan yang memerlukan surat tersebut adalah pihak kastam/imegresyen di Indonesia, dan bukannya mana-mana pihak lain diMalaysia?
    • Senang kata : sebenarnya korang ni nak minta RASUAH ke?

    Nasib baiklah ada pekerja feri yang mengenali pembantu rumah penulis (kebetulan pekerja feri tersebut merupakan anak saudara pembantu rumah penulis) dan menolong menjelaskan keadaan sebenarnya. Amat malang sekali sekiranya perkara No. 3 yang menjadi hajat sebenar mereka. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan pembayaran fiscal sekiranya pembantu rumah anda berasal selain dari Sumatera adalah dengan mengarahkan pembantu rumah anda menukar alamat di KTP - contohnya bertukar alamat dari Jakarta ke Medan. Cara ini tidaklah salah kerana mematuhi peruntukkan undang-undang.

    Pelik tapi benar. rata-rata di Indonesia terdapat ramai Tukang Sibuk suka mengaut keuntungan diatas angin. Berhati-hatilah. tidak dapat dinafikan bahawa pembantu rumah selalunya terdiri dari golongan yang tidak berpelajaran tinggi dan tidak mengetahui prosedur atau undang-undang. Selalunya Tukang Sibuk ini sedaya upaya menakut-nakutkan pembantu rumah dan meminta wang untuk pembayaran fiscal (walaupun mereka bukanlah pihak yang berwajib yang sepatutnya mengendalikan hal tersebut dan komisyen yang mereka ambil sangatlah tinggi).

    Pembantu rumah dinasihati agar tidak menukar keseluruhan wang Ringgit Malaysia kepada Rupiah - ini adalah kerana - untuk perjalanan balik, cukai pelabuhan yang dikenakan dapat dibayar dengan kadar yang jauh berkali ganda lebih murah sekiranya dibayar dengan menggunakan Ringgit!!!

    Pembaharuan Passport Indonesia bolehlah dibuat di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dengan harga murah dan berpatutan. Berhati-hatilah - wakil agen Syarikat Pembekal Pembantu Rumah selalunya akan mengenakan caj yang mahal dan tidak munasabah kononnya untuk membaharui passport pembantu rumah. Kadangkala mereka sengaja menakut-nakutkan majikan kononnya adalah menjadi peraturan bahawa jika passport pembantu rumah akan habis tempoh, untuk memperbaharuinya memerlukan pembantu rumah kita dihantar balik ke Indonesia. Bayangkan kos tambang pergi-balik (bergantung kepda lokasi), caj pembayaran kepada pihak imigresyen Indonesia (Rupiah Sejuta) dan masa pemprosesan yang lama (kadangkala 2-3 minggu) yang perlu ditanggung oleh majikan. Ini adalah satu penganaiyaan yang jelas. Sekiranya pembaharuan passport pembantu rumah dibuat sendiri oleh pembantu rumah (ditemankan oleh majikan) kosnya yang terbabit hanyalah pengangkutan ke kedutaan Indonesia di jalan Tun Razak dan tempoh siap hanyalah sehari sahaja! Penulis hanya dikenakan kurang dari RM40-00 untuk passport dengan tempohsah laku selama 3 tahun. Rancanglah perjalanan anda agar tiba di kedutaan awal pagi kerana teramat panjang "Que" yang perlu ditempohi.

    ***Elakkkan dari ditipu...berhati-hatilah dengan Tukang Sibuk (lebih dikenali sebagai "Chalo") dikedutaan Indonesia yang menawarkan khidmat kononnya mereka boleh mempercepatkan proses siap passport - caj yang dikenakan juga berkali ganda daripada caj sebenarnya!***

    Link kepada Contoh surat bercuti untuk pembantu rumah

87 stesen NGV sudah beroperasi


KUALA LUMPUR: Sebanyak 87 daripada 200 buah stesen gas asli (NGV) Petronas yang disasarkan tahun ini sudah beroperasi, dengan jumlah terbesar di kawasan Lembah Klang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kini terdapat 58 buah stesen NGV di Lembah Klang, 15 (Johor); enam (Negeri Sembilan), masing-masing empat di Melaka dan Pulau Pinang.

Sementara itu, sebanyak 70 buah stesen NGV kini dalam pelbagai peringkat pembinaan, dan 43 lagi lokasinya dalam peringkat analisa kesesuaian.

Kerajaan menggalakkan penggunaan NGV bagi pengangkutan awam dan terpulang kepada pemilik kenderaan persendirian untuk menggunakan gas itu atau mengubahsuai kenderaan dari menggunakan petrol kepada NGV, katanya menjawab soalan Tan Ah Eng (BN-Gelang Patah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sumber : Harian Metro

Tuesday, October 28, 2008

Ubat Gegat (Naftalena) sebagai penjimat petrol

Penulis pernah didedahkan kepada petua ini masa zaman awal 90an dulu oleh seorang mekanik berbangsa melayu di Kuala Terengganu yang serviskan Merc 190E milik ayah(masa tu masih belajar di Universiti dan menggunakan kereta Honda Accord generasi pertama model 2 pintu untuk berulang-alik). Penulis pernah cuba juga dulu terutamanya untuk perjalanan jauh KL-Kuala Terengganu kerana penulis biasanya tidak menggunakan jalan pantai (yang banyak mempunyai stesyen minyak). Maklumat dibawah ini telah diforwardkan kepada penulis dari seorang kawan yang mengikuti blog ini. Sumber tah dari mana tidaklah diketahui oleh penulis. Cuma penulis tidak berapa yakin sama ada kaedah penjimatan minyak ini dapat digunakan untuk kenderaan berenjin moden dan mempunyai daya mampatan yang tinggi tanpa menghadapi sebarang masalah. Cuma dosage yg penulis buat dulu adalah 7-8 biji ubat gegat untuk setiap tangki penuh.. Namun risiko penggunaan kaedah ini adalah tanggungan anda sendiri!!!

Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver. Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak. still kena keluar duit bergelen-gelen.

Ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut. Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. UBAT GEGAT digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan. yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh idapati secara mudah dan murah dimana-mana pasar raya dan kedai runcit..

Cara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimatan yang optima:

Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded (tanpa plumbum) sahaja. Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak. cuba minimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara.. Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin. tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara. Ok lepas itu anda boleh pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti. Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran.. bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba..

Monday, October 27, 2008

Hospital Negeri Sembilan & warkah untuk Pak lah

Somebody forwarded this to me last week & kebetulan memang saya & keluarga berkampung di Rembau setelah menziarahi Tok Sedara sebelah isteri yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat kemalangan. Bab keadaan dihospital tu, hanya satu komen POWER sahaja yg penulis nak khabarkan di sini - Kepada Kerajaan Negeri 9, harap buat perubahan drastik kepada Hospital yang dengan bangga sekali memakai nama Yam Tuan Negeri Sembilan - kek mano peroginyo duit untuk kelengkapan hospital tuh? operation buak kat dalam ward.. bukan kat bilih bedah... Rasa macam masuk hospital masa zaman perang... Bab Stesyen NGV lak nampak seolah-olah ada peningkatan, tapi kenapa Stesyen NGV Salak Tinggi tu tak siap-siap lagi ...

kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u

namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'???? menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek menantu lak...

sey nulih
surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu.. lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK LAH!!!!!!!

sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor...

sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn.. anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn

ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...

rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey..

bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"

sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado la hasil'eh..

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu... walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...

buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodok

sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo) sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup..ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn...

dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado.. bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu...


nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanrayo nanti...insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah... tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....

jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak.. jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah....tak dapek pulak nak menyopping sakan kek obe sea tuh... sey totap nyokong pak lah..

akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn.. sekian timo kasih..

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan
punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.