Wednesday, November 5, 2008

Pembentangan Najib dibatalkan Parlimen!



Harap-harap Barack Obama yang baru memenangi pilihanraya presiden kat US tidak memberikan contoh begini. Malam tadi punyalah berapi-api dalam TV tentang rancangan Timbalan Perdana Menteri nak selamatkan ekonomi, tapi dalam Parlimen "fail" kerana tidak mengikut prosedur. Undang-undang perlu dipatuhi. Kita ada rule of law. Penat den belajor undang-undang tapi pemimpin negara main bantai aje.

Pengajaran : Matlamat tidak menghalalkan cara.

Rabu, 5 November 2008 oleh Syukree Hussain (sumber - Suara Keadilan Online)

PARLIMEN, 5 November (SK) - Timbalan Speaker Dewan Parlimen WanJunaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan 700 juta untukmenyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Menteri Kewangan Najib Razaksemalam dibatalkan.

Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh PerdanaMenteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu.

Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan.


Petikan dari "Najib ditampar 'revolusi' di Parlimen" oleh Khalid Jaafar

"Selama ini menteri-menteri BN hanya melihat Dewan Rakyat sebagai rubber stamp, sekadar satu formaliti untuk meluluskan apa yang telah diputuskan oleh eksekutif.

Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen.

Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan."


No comments: