Wednesday, September 16, 2009

Dua lagi stesen NGV di Lembah Klang

KUALA LUMPUR 16 Sept 2009. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan dua lagi stesen gas asli (NGV) iaitu sebagai tambahan kepada stesen sedia ada bagi menampung keperluan pemandu-pemandu teksi di kawasan Lembah Klang.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil ekoran berlaku kekurangan stesen NGV khususnya di Wilayah Persekutuan yang disifatkan sebagai amat kritikal.
Ujar beliau, dua stesen NGV berkenaan akan dibina di tapak yang telah dikenal pasti iaitu di Bandar Tun Razak serta Jalan Cochrane di sini.
''Petronas telah diberi tanggungjawab untuk membina kedua-dua stesen NGV tersebut dan projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.
''Sebenarnya apa yang kita putuskan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan ia sejajar dengan konsep 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,'' katanya.
Komen : Sekiranya benar "Rakyat didahulukan", dahulukanlah pembinaan beberapa buah stesyen NGV berhampiran dengan Lebuh Raya PLUS, terutama sekali di kawasan Perak Tengah agar perjalanan pengguna NGV arah ke Utara tidak kehabisan gas semasa dalam perjalanan dari stesyen gas Kuala Selangor - Kamunting. Sehingga ke hari ini, tiada langsung stesyen NGV dibina di pantai Timur Semenanjung Malaysia, sedangkan Petronas mempunyai loji di Kerteh yang membebaskan gas untuk dibakar... sayang sekali gas  ini gagal untuk dimanfaatkan.

No comments: