Wednesday, October 29, 2008

87 stesen NGV sudah beroperasi


KUALA LUMPUR: Sebanyak 87 daripada 200 buah stesen gas asli (NGV) Petronas yang disasarkan tahun ini sudah beroperasi, dengan jumlah terbesar di kawasan Lembah Klang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kini terdapat 58 buah stesen NGV di Lembah Klang, 15 (Johor); enam (Negeri Sembilan), masing-masing empat di Melaka dan Pulau Pinang.

Sementara itu, sebanyak 70 buah stesen NGV kini dalam pelbagai peringkat pembinaan, dan 43 lagi lokasinya dalam peringkat analisa kesesuaian.

Kerajaan menggalakkan penggunaan NGV bagi pengangkutan awam dan terpulang kepada pemilik kenderaan persendirian untuk menggunakan gas itu atau mengubahsuai kenderaan dari menggunakan petrol kepada NGV, katanya menjawab soalan Tan Ah Eng (BN-Gelang Patah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sumber : Harian Metro

No comments: