Tuesday, October 21, 2008

Pengusaha Teksi Samseng tak tahu bersyukur?

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja. Bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia.

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Sebaliknya lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Bersyukur menjadikan jiwa seseorang menjadi bersih dan dekat kepada Tuhan. Kurniaan nikmat haruslah dipergunakan sebaiknya untuk kebaikan sesama manusia.

Apabila orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah.

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amatlah pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7).

Mungkin orang akan bertanya, apakah kaitannya perenggan-perenggan mengenai kewajipan bersyukur yang penulis paparkan diatas. Permasalahan yang ingin diketengahkan adalah berkisar mengenai perkhidmatan teksi di Negara kita, Malaysia dan sikap & mentaliti pemikiran orang yang memandu "teksi".

Apakah itu "perkhidmatan teksi"? (Definasi penulis) Ianya adalah perkhidmatan pengangkutan untuk tambang/upah yang disediakan oleh pengusaha kenderaan tertentu yang memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Masalahnya - rata-rata kebanyakan pengusaha teksi (terutamanya di Shah Alam dan Subang Jaya) telah secara konsistennya gagal, cuai dan/atau lalai untuk mematuhi peruntukan undang-undang mengenai tambang yang sepatutnya dikenakan.

1. Sikap pemandu teksi di Shah Alam dan Subang Jaya yang enggan menggunakan meter tambang

- Apalah gunanya tulisan "Teksi Bermeter" pada teksi sekiranya meter caj perjalanan yang dipasang menurut peruntukan undang-undang tidak digunakan langsung. Pada hemat penulis, ianya hanya bersifat kosmetik sekadar memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen sahaja. Apalah gunanya dikomen banyak-banyak kerana perbandingan yang layak digunakan - Allah sudah mengurniakan otak & akal fikiran untuk digunakan tapi sebaliknya, kepala lutut yang digunakan dalam urusan harian mencari rezeki. Akibatnya caj tambang yang dikenakan oleh para pemandu teksi-teksi tersangat tinggi dan didalam julat harga yang kadangkala tidak masuk akal. Bayangkan jarak perjalanan dari Stesten Komuter Batu Tiga ke Seksyen 13 boleh dikenakan tambang RM10-00 sekali perjalanan seorang - itupun penumpang terpaksa menunggu untuk memenuhkan teksi (berkongsi teksi dengan penumpang yang mahu ke destinasi yang lain). Alasan yang digunakan - "balik nanti teksi kosong".

2. Monopoli pengambilan penumpang oleh "Persatuan Kebajikan Teksi"

Inilah yang berlaku dikedua-dua Stesyen Komuter Stesyen Batu Tiga dan Seksyen 19 Shah Alam. Pada hemat penulis, persatuan yang pada asalnya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan pemandu-pemandu teksi sebenarnya hanya indah pada namanya sahaja. Pada hakikatnya adalah amat jarang ditemui ataupun sudah tidak wujud lagi pemandu teksi sejati yang mematuhi undang-undang (mungkin boleh dibuat filem bertajuk "Pemandu Teksi Terakhir").

Yang ada sekarang ini ada hanyalah samseng-samseng jalanan yang beroperasi sebagai pemandu teksi dan berpayungkan pertubuhan "ala-kongsi gelap" kerana diakui bahawa hanya melalui pencarian rezeki sebagai pemandu teksi dapat menjamin "hak" untuk mencekik darah penumpang. "Undang-undang tidak bertulis" menyatakan bahawa tiada teksi-teksi lain boleh beroperasi mengambil penumpang dikawasan yang dikuasai kongsi gelap samseng teksi kerana teksi-teksi lain yang tidak mendaftar atau menyertai "geng" dengan membayar ufti kepada ketua samseng teksi. Keadaan ini menyekat punca rezeki pengusaha teksi jujur yang menggunakan caj tambang mengikut meter perjalanan.

Menurut pemerhatian isteri penulis yang selalu menggunakan perkhidmatan teksi, secara logiknya tiada pemandu teksi jujur yang waras akal fikiran akan mengambil penumpang dikawasan yang dikuasai oleh samseng teksi - silap haribulan akan kena "mark" oleh samseng-samseng teksi kawasan tersebut. Jadi dimanakah keadilannya disini? Pengusaha teksi jujur yang memberikan perkhidmatan menurut peruntukkan undang-undang di anak tirikan tanpa pembelaan sementara samseng teksi bermaharajalela sepuasnya dengan memonopoli kawasan dan menetapkan ahli-ahli teksi samseng wajib menggunakan kadar tambang yang dipaksakan kepada penumpang.... Sekiranya perkara ini berterusan, rakyat pasti akan hilang kepercayaan kepada sistem pengangkutan teksi.

3. Dimanakah kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Pelesenan yang sepatutnya menguatkuasakan peruntukan undang-undang dan memantau keadaan?

Pihak berwajib sendiri yang perlu menjawab persoalan ini!

Jika alasan tidak cukup kakitangan diberikan, laksanakanlah apa yang patut untuk menambah anggota kerja untuk memantau aktiviti haram yang dijalankan olah mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Cadangan sesetengah pihak untuk memulaukan penggunaan teksi tidak masuk akal kerana tidak wujud alternatif pengangkutan lain yang lebih cekap. Yang TERPAKSA menanggung akibatnya adalah rakyat sendiri.

Kalau adapun talian untuk mengadu, apakah pengaduan itu akan dilayan oleh orang atau dijawab oleh mesin? Pihak berwajib sendiri yang perlu turun padang untuk menyaksikan sendiri apa yg berlaku selama ini. Jika ini tidak dilaksanakan atau dilaksanakan laksana melepaskan batuk ditangga, maka anda telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang anda pikul selama ini. ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS!!

Fakta 1 : Kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Kelana Jaya, Bandar Sunway mempunyai sekurang-kurangnya 11 jaringan stesyen NGV (rujuk posting sebelum ini mengenai lokasi stesyen NGV).

Berdasarkan hujjah bahawa terdapat banyak kemudahan untuk mengisi NGV, penulis merasakan amatlah tidak adil dan tidak masuk akal sekiranya alasan tidak mahu menggunakan meter tambang teksi adalah kerana tiada orang akan naik teksi mereka apabila balik dari destinasi yang dituju kerana harga NGV telah ditetapkan pada kadar yang amat munasabah iaitu RM0.68 seliter. Sudah amat murah. Sebegini banyak stesyen NGV pun masih nak menganaiya penumpang? Alasan mereka terpaksa beratur panjang dan membuang masa semasa mengisi gas NGV juga tidak dapat dipertahankan kerana menurut pemerhatian penulis (yang juga menggunakan NGV) ada masa-masanya tiada orang yang beratur untuk mendapatkan bekalan gas NGV - kalaupun terpaksa menunggu, masa yang diambil juga tidak lama dan boleh dibandingkan sekadar dengan jangkamasa untuk mengisi petrol sahaja.

Fakta 2 : Kadar Tol untuk teksi jauh lebih murah dari kenderaan awam!

Penulis tidak berhasrat untuk menulis lebih panjang, mengaku sahajalah - samseng-samseng teksi ini hanya mahu mengaut keuntungan tanpa menghiraukan peraturan yang telah ditetapkan. Itupun penulis belum lagi menyentuh masalah:

(a) "meter turbo" iaitu meter tambang yang telah diubahsuai untuk mempercepatkan kelajuannya - dengan membuat suis rahsia.

(b) keengganan mengambil penumpang untuk destinasi tertentu;

(c) memandu dengan laju dan membahayakan keselamatan penumpang.

Kesimpulannya - Sebenarnya tiada bezanya teksi sapu dengan teksi yang dilesenkan!

Ingatlah bahawa rezeki yang dikurniakan, pada asalnya Insya Allah, halal, akan tetapi apabila bercampur baur dengan perkara-perkara yang jelas meragukan, melibatkan menganaiyaan. mengakibatkan kezaliman dan penindasan (kepada pengguna), bukankah rezeki seumpama itu, yang mahu disuapkan ke mulut anak bini kita turut menjadi HARAM?

Yang lebih memalukan lagi, penulis baru sahaja pulang dari Jakarta dan mendapati pengusaha teksi di Indonesia lebih tertib dan kesemuanya menggunakan meter ("argometer"). Kalau dikirakan, kos sara hidup di Indonesia lebih mahal dari di Malaysia... tambahan pula kos pembelian/sewaan teksi adalah jauh lebih mahal jika dikira dari segi bunga bank yang perlu dilunaskan. Tambahan pula sekarang ini, tiada harga istimewa atau subsidi bahanapi oleh kerajaan di Indonesia!

Masalah kesamsengan teksi-teksi ini pernah dipaparkan dalam banyak blog, akhbar dan website. Ada yang dengan jelas membuktikan kes penipuan yang dilakukan selama ini.

Antaranya :

http://penguatkuasajpj.blogspot.com/
http://habri.blogspot.com/2005_09_01_archive.html
http://img388.imageshack.us/img388/5743/59437467xu9.jpg
http://forum.lowyat.net/topic/789956
http://afxzal.blogspot.com/2005/02/encik-pemandu-teksi.html
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=287811
http://abunaqibah.blogspot.com/2006/01/pemandu-teksi.html
http://www.perkahwinan.com/index.php/topic,4618.0/wap2.html
http://ms.wordpress.com/tag/teksi/
http://malayahistory.blogspot.com/2008/06/pemandu-teksi-caj-tambang-tidak-ikut.html
http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=393
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=351834
http://adun.penang.gov.my/QA/ViewQA.asp?QAID=6481
http://demipena.com/2008/06/you-pun-salah.html

Penulis yakin anda semua beriman dengan Hari Akhirat. Sekiranya mahukan rezeki yang lebih, berusahalah lebih gigih melalui jalan yang halal lagi bersih. Buat side business ke atau sekiranya pada perkiraan anda pekerjaan menjadi pengusaha teksi tidak berbaloi atau anda tidak dapat bersabar menghadapi cabarannya, berhijrahlah - cari pekerjaan lain. Sekiranya anda terus juga meneruskan aktiviti haram ini, tunggulah....sekiranya balasannya tak dapat didunia, akhirat nanti anda juga yang akan tergolong dalam golongan yang rugi.

1 comment:

quintonzabawa said...

Grand Victoria Casino and Hotel - Mapyro
Mapyro of Grand Victoria Casino 김제 출장샵 and Hotel - located 전주 출장샵 in the centre of 논산 출장마사지 Sydney. The 전라남도 출장안마 casino 포항 출장안마 has 960 rooms. Grand Victoria Casino & Hotel is situated in the suburb of