Wednesday, October 29, 2008

Panduan Majikan Pembantu Rumah Indonesia

  1. Bagi mereka yang mempunyai pembantu rumah yang menghantar pembantu rumah mereka balik kampung untuk bercuti, surat memberikan kebenaran untuk bercuti perlu ditunjukkan oleh sipembantu rumah kepada pihak imegresyen Malaysia/Indonesia bagi tujuan memudahkan proses balik kampong. Sebaik-baiknya surat tersebut dibuat dan ditandatangani oleh majikan dalam dua (2) salinan.
  2. Sekiranya destinasi sipembantu rumah dari Malaysia berada dalam kawasan Segi Tiga Usahasama Malaysia-Indonesia-Thailand, surat tersebut berfungsi sebagai pengesahan pengecualian pembayaran fiscal (untuk pembantu rumah dari Indonesia, khusus untuk penduduk Sumatera atau pemilik Kad Tanda Pengenalan Diri beralamat di Sumatera). Sekiranya pembantu rumah anda bukan penduduk Sumatera, pembantu rumah anda akan dikenakan cukai fiscal yang jumlahnya bukan sedikit - Paling kurang Rupiah 200,000-00 setibanya dipelabuhan!
  3. Surat tersebut sebaiknya ditaip menggunakan word processor - baru-baru ini oleh kerana printer penulis rosak, maka surat tersebut ditulis menggunakan tangan dan ditandatangani sendiri oleh penulis. YANG HERAN BIN AJAIB - pihak imigresyen/kastam Malaysia di Pelabuhan Kelang yang sibuk-sibuk bertanyakan mengenai surat cuti siPembantu Rumah kerana meragui sama ada surat tersebut adalah asli (sedangkan sudah terang lagi bersuluh menurut rekod yang tertera di passport bahawa pembantu rumah tersebut telah berkerja lebih 4 tahun dengan penulis) sehingga beliau dipanggil untuk masuk ke bilik kaca, kononnya untuk ditemuduga.

    Sekiranya penulis masih berada disana ketika itu, mau sahaja penulis bertanyakan :

    • Adakah peruntukkan undang-undang yang menyatakan surat tersebut wajib diprint?
    • Apakah pihak Imigresyen Malaysia mempunyai locus standi atau bidang kuasa bertanyakan mengenai surat cuti tersebut, sedangkan yang memerlukan surat tersebut adalah pihak kastam/imegresyen di Indonesia, dan bukannya mana-mana pihak lain diMalaysia?
    • Senang kata : sebenarnya korang ni nak minta RASUAH ke?

    Nasib baiklah ada pekerja feri yang mengenali pembantu rumah penulis (kebetulan pekerja feri tersebut merupakan anak saudara pembantu rumah penulis) dan menolong menjelaskan keadaan sebenarnya. Amat malang sekali sekiranya perkara No. 3 yang menjadi hajat sebenar mereka. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan pembayaran fiscal sekiranya pembantu rumah anda berasal selain dari Sumatera adalah dengan mengarahkan pembantu rumah anda menukar alamat di KTP - contohnya bertukar alamat dari Jakarta ke Medan. Cara ini tidaklah salah kerana mematuhi peruntukkan undang-undang.

    Pelik tapi benar. rata-rata di Indonesia terdapat ramai Tukang Sibuk suka mengaut keuntungan diatas angin. Berhati-hatilah. tidak dapat dinafikan bahawa pembantu rumah selalunya terdiri dari golongan yang tidak berpelajaran tinggi dan tidak mengetahui prosedur atau undang-undang. Selalunya Tukang Sibuk ini sedaya upaya menakut-nakutkan pembantu rumah dan meminta wang untuk pembayaran fiscal (walaupun mereka bukanlah pihak yang berwajib yang sepatutnya mengendalikan hal tersebut dan komisyen yang mereka ambil sangatlah tinggi).

    Pembantu rumah dinasihati agar tidak menukar keseluruhan wang Ringgit Malaysia kepada Rupiah - ini adalah kerana - untuk perjalanan balik, cukai pelabuhan yang dikenakan dapat dibayar dengan kadar yang jauh berkali ganda lebih murah sekiranya dibayar dengan menggunakan Ringgit!!!

    Pembaharuan Passport Indonesia bolehlah dibuat di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dengan harga murah dan berpatutan. Berhati-hatilah - wakil agen Syarikat Pembekal Pembantu Rumah selalunya akan mengenakan caj yang mahal dan tidak munasabah kononnya untuk membaharui passport pembantu rumah. Kadangkala mereka sengaja menakut-nakutkan majikan kononnya adalah menjadi peraturan bahawa jika passport pembantu rumah akan habis tempoh, untuk memperbaharuinya memerlukan pembantu rumah kita dihantar balik ke Indonesia. Bayangkan kos tambang pergi-balik (bergantung kepda lokasi), caj pembayaran kepada pihak imigresyen Indonesia (Rupiah Sejuta) dan masa pemprosesan yang lama (kadangkala 2-3 minggu) yang perlu ditanggung oleh majikan. Ini adalah satu penganaiyaan yang jelas. Sekiranya pembaharuan passport pembantu rumah dibuat sendiri oleh pembantu rumah (ditemankan oleh majikan) kosnya yang terbabit hanyalah pengangkutan ke kedutaan Indonesia di jalan Tun Razak dan tempoh siap hanyalah sehari sahaja! Penulis hanya dikenakan kurang dari RM40-00 untuk passport dengan tempohsah laku selama 3 tahun. Rancanglah perjalanan anda agar tiba di kedutaan awal pagi kerana teramat panjang "Que" yang perlu ditempohi.

    ***Elakkkan dari ditipu...berhati-hatilah dengan Tukang Sibuk (lebih dikenali sebagai "Chalo") dikedutaan Indonesia yang menawarkan khidmat kononnya mereka boleh mempercepatkan proses siap passport - caj yang dikenakan juga berkali ganda daripada caj sebenarnya!***

    Link kepada Contoh surat bercuti untuk pembantu rumah

1 comment:

Budak Sekinchan said...

Salam... ada contoh bagaimana Surat Cuti?